Friday, 25 March 2016

Hilangnya Kemanisan Bersahabat :)

Olla !

Hehehe lupe nak bagi salam .

Assalamualaikum Guys ! Rindu la korang . :'(


 


I JUST WANNA TO SHARE ABOUT " HILANGNYA KEMANISAN BERSAHABAT"



HILANGNYA KEMANISAN BERSAHABAT?

Bersahabat ni adalah satu anugerah dari Allah. Kalau hidup kita takde sahabat di sisi, hidup akan jadi bosan, takde kemanisan, tertekan, resah, rasa kosong dan lain-lain.

TAPI, ramai di kalangan kita hari ni tak dapat rasai KEMANISAN BERSAHABAT.

Apa itu kemanisan bersahabat??!

Korang tahu, macamana Nabi mencintai abu bakar? Sehingga nabi kata, kalau aku boleh ada kekasih selain Allah, nescaya Abu Bakar adalah kekasihku!

Korang tahu mcmana Abu Bakar cinta nabi??Sehingga beliau sanggup menahan sakit di gigit kala jengking di dalam gua thur semata-mata nak halang binatang tu sengat nabi yang amat dia cintai!

Korang tahu tak, macamana nabi cintakan Umar? Sehingga nabi kata, kalaulah ada nabi selepas aku, nescaya Umarlah nabi. Dan korang tahu mcmana Umar mencintai nabi? Sehingga umar kata, beliau lebih mencintai nabi dari keluarga dan dirinya sendiri!!

Kalau korang baca kisah nabi dan sahabat, bagaimana mereka saling cinta mencintai kerana Allah, korang akan dapat rasakan bahawa indahnya bersahabat!
Persoalannya, kita hari ni macamana??

1)
Kita tak suka bersahabat dgn orang yang selalu tegur kesalahan kita. kita lagi suka bersahabat dgn kawan yang tak tegur kita, bahkan buat dosa sama-sama dengan kita.

Kalau kita couple, kita akan suka kawan dgn orang2 yg couple.

Kalau kita ikhtilat, kita suka kawan dgn orang2 yg ikhtilat.

Kalau kita kaki rokok/vapers, kita akan suka kawan dgn kaki rokok/vapers.

Kalau kita kaki korea/barat dan lain-lain, kita akan suka kawan dengan mereka.

Manakala, orang yang selalu tegur kita, nak bimbing kita, nak selamatkan kita dari maksiat, kita BENCI dia, pulau dia, jauhi dia dan sebagainya.

2)
Percayalah, kemanisan bersahabat hanya akan di rasai bila kita menunaikan HAK-HAK PERSAHABATAN.

Tegur menegur, bimbing membimbing ke arah kebaikan, suport ke arah kebaikan, sering mengingatkan kita tentang Allah , saling mendoakan, cegah kita dari maksiat, tak buat dosa sama-sama, bekerjasama dalam dakwah dan tarbiah, menyelamatkan kita time kita lemah semangat dan hampir jatuh, dan sebagainya.

Itulah HAK UKHWAH.

3)
Tapi hari ni, ramai yang tak tunaikan hak ni. Sebab tu tak ramai yang merasai nikmat berukhwah dan bersahabat SESAMA JANTINA.

Yang mana, akibat dari tak dapat rasa nikmat ukhwah dan persahabatan sesama jantina, maka ramailah yang memilih jalan couple dan ikhtilat bagi memuaskan diri.

Kawanku...

Kalau korang tak dapat rasai lagi nikmat bersahabat, atau, kalau korang masih tak jumpa lagi sahabat yang betul-betul memberi perubahan pada korang, maka nasihat saya:

"Carilah mereka!"

Dan, kalau korang dah jumpa sahabat yang baik, maka, peganglah mereka erat-erat!

Ingatlah pesanan imam syafie:

"Jika engkau mempunyai teman yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah, maka peganglah dia erat-erat, jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari teman yang baik itu susah, tetapi melepaskannya sangat mudah sekali…”

wallahua'lam.

"Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat yang baik, yang mendekatkan diriku denganMu ya Allah. Dan, jauhilah aku dari bersama orang-orang yang menjauhkanku dariMu ya Allah!"



In Shaa Allah . Sahabat Sampai Syurga !
Muah Muah :)

Credit To All Friends !


~ Anisah Razali
~ Aisyah Razali
~ Aisyah Zakaria
~ Ana Humairah
~ Afifah Najwa
~ FarahHanim Md Esa
~ Farah Hanim Noorashid
~ Farhana Radzi
~ Hannan Sulaiman
~ Hidayah Rahim
~ Izzati Zahari
~ Khairunnur Aqilah
~ Marni Adilah
~ Madihah Kamarudin
~ Najah Norfin
~ Syafiqah Omar
~ Syafiqah Rozman
~ Syafiqah Ishak
~ Syafina Rasip
~ Syuhada Shaari
~ Tuan Shahira
~ Zakiah Ruslim


NurFaezahRamli

3 comments:

  1. Wahhh.. Mmg brmkna kata2 nihh 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish . hahaha . sampai 2 hang komen naa >.<

      Delete
  2. Wahhh.. Mmg brmkna kata2 nihh 😌

    ReplyDelete